Assalamualaikum...
Pada minggu ini, apa yang telah saya pelajari adalah bagaimana untuk membuat analisis daripada hasil respon soal selidik kumpulan saya, iaitu mengenai Kemahiran Abad Ke 21. Melalui tugasan yang diberi, saya dapat mengubah dan meringkaskan data mentah hasil soal selidik menjadi lebih jelas dan padat kepada bentuk graf dan jadual. Analisis itu juga kami perlu lengkapkan untuk ditunjukkan di dalam laman tugasan weebly saya pada minggu ke-9 nanti. Oleh itu, ringkasan maklumat dalam hasil soal selidik telah memudahkan kerja saya untuk mengetahui bilangan responden bagi setiap soalan dalam penghasilan graf dan jadual. Laporan penuh akan dilengkapkan pada minggu ke-9. Assalamualaikum Kelas pada minggu ini dimulakan dengan penerangan ringkas oleh Dr. Siti Fatima tentang tugasan yang memerlukan saya bersama ahli kumpulan melakukan kajian mini yang bertajuk "Kemahiran Abad ke 21". Perkara asas yang kami perlu lakukan adalah berbincang mengenai objektif tentang kajian mini ini dilakukan. Seterusnya, kami diminta untuk menyediakan borang soal selidik bagi mendapakan maklumat yang diperlukan. Pada minggu ini, kami dikehendaki membentangkan slaid yang telah kami sediakam pada beberapa minggu yang sebelumnya tentang "Learning Management System (LMS) & Course Management System (CMS)" dan slaid berkaitan "Kemahiran Abad ke 21" . Semasa diberi penjelasan mengenai tugas ini, saya dan ahli kumpulan difahamkan agar memahami dulu apa yang dimaksudkan dengan CASPER kerana tugasan ini mengkehendaki kami untuk mengaplikasikan konsep CASPER ke dalam slaid yang akan disediakan. Berikut adalah slaid tugasan yang telah kami sediakan. Pada minggu ini, kami telah diberikan tugasan yang seterusnya iaitu tugasan yang ketiga. Tugasan kali ini memerlukan kami untuk menggunakan enjin pencarian bagi mendapatkan maklumat bagi menyiapkan tugasan ini. Saya dan kumpulan mendapat tugasan yang bertajuk 'Kemahiran Abad ke 21'. Inilah kali pertama saya mendengar tentang Kemahiran Abad ke 21. Pada mulaya saya mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini kerana kurang pendedahan tentang Kemahiran Abad ke 21 , tetapi setelah diberi penerangan penuh oleh Dr. Siti Fatimah saya mula memahaminya sedikit demi sedikit. Kami juga diberikan link yang boleh kami akses untuk dijadikan rujukan atau untuk mendapatkan maklumat tentang Kemahiran Abad ke 21.
Pada minggu ini kami telah menerima 'tugasan kedua' iaitu kerja berkumpulan untuk mencari maklumat mengenai 'Learning Management System' (LMS) & 'Course Management System' (CMS). Kami juga belajar cara untuk mengendalikan forum secara atas talian.Tajuk 'task' yang kumpulan saya terima adalah 'Kemahiran Abad ke-21'. Tugasan ini memerlukan kami berbincang dan membuat kerja secara berkumpulan menggunakan Google Docs melalui Google Drive. Dengan pembelajaran pada minggu ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam cara menggunakan Google Drive dan belajar cara untuk mencipta fail di dalamnya. Google drive memang banyak membantu pelajar terutamanya bagi mereka yang ingin menyiapkan tugasan berkumpulan tetapi tidak dapat berkumpul disebabkan oleh masalah kekangan waktu dan sebagainya kerana ianya boleh diakses di mana-mana sahaja dengan capaian internet dan membantu mereka menyiapkan tugasan bersama-sama.
Assalamualaikum.. Kelas Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ini diceriakan lagi dengan kehadiran pelajar MOU dan second intake. Oleh yang demikian, pembahagian pelajar kepada kumpulan telah selesai. Saya telah ditempatkan dalam kumpulan 1 bersama-sama dengan dua lagi rakan iaitu:
Aktiviti pada minggu ini lebih santai kerana kami menerima pelajar baru jadi kami digalakkan untuk berkongsi dengan mereka apa yang telah kami pelajari pada minggu lepas dan membantu mereka mengakses kepada laman-laman yang telah diminta seperti mana yang tertakluk di dalam profoma. Setelah selesai, kami diminta untuk mencipta satu akaun Weebly juga menggunakan nama penuh anda menggunakan emel Gmail yang telah dicipta pada minggu lepas. Kami turut diminta mencipta 1 blog yang dinamakan 'Refleksi Diri' dan 2 page iaitu 'Tugasan' dan 'Biodata Diri' di dalam akaun Weebly kami sendiri Akaun Weebly Ini adalah kali pertama saya mencipta laman atau blog sendiri dan ia amat mengujakan saya di mana saya dapat berkongsi pelbagai benda mengenai diri saya sendiri dan ianya dapat dikongsi bersama-sama rakan-rakan yang lain. Perkara utama yang perlu ditekankan dan penting saya perlu faham akan tugas utama mencipta akaun weebly ini adalah untuk memberi pendapat atau refleksi setiap minggu mengenai apa yang dipelajari di dalam kelas GGGE 1155 ini. Selain itu, kami diberi tugasan individu pertama bagi subjek GGGE1155 ini iaitu mencari fungsi (computer as 'tool', 'tutor' & 'tutee') komputer sebagai 'alat', 'guru' dan 'pelajar'. Tugasan (Computer as 'tool', 'tutor' &'tutee') Setelah mempelajari peranan komputer sebagai 'alat', 'guru' & 'palajar' , saya dapat merasakan masih banyak ilmu tentang komputer yangg belum saya kuasai dan ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam. Assalamualaikum .. Kelas Komputer dalam Pendidikan telah bermula pada minggu kedua semester pertama bagi sesi 2015/2016. Pensyarah yang bertanggungjawab mengendalikan kelas SR2 iaitu Dr. Siti Fatimah Binti Yassin atau lebih dikenali sebagai 'tutor' telah menerangkan dan membincangkan mengenai cara untuk mengakses akaun mel elektronik Gmail secara rasmi dengan menggunakan nama penuh, bina signature pada mel elektronik dan emel kepada pensyarah tutorial masing-masing. Signature yang dibina perlu mempunyai maklumat peribadi seperti nama penuh, program dan alamat fakulti. Akaun mel elektronik Gmail signature Kemudian kami juga diajar cara untuk mencipta akaun Google Drive sebagai 'tool' iaitu alat pembelajaran utama bagi subjek Komputer dalam Pendidikan. Google Drive adalah akaun yang akan banyak membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan atau assignment khususnya yang melibatkan kerja berkumpulan kerana akaun ini boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana saja tanpa perlu bersua muka. Hal ini kerana Google Drive turut berperanan sebagai dropbox iaitu tempat menyimpan dokumen atau kerja secara atas talian dan ianya boleh diakses di oleh pelajar di mana-mana sahaja tempat yang mempunyai internet walaupun tidak menggunakan laptop sendiri. Selain itu, 'tutor' juga dapat memantau aktiviti 'tutee' ketika mengggunakan akaun Google Drive dan boleh menghantar chat secara terus jika ingin memperbetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajarnya. Akaun Google Drive
|
AuthorNURULHUDA AMIRAH MOHD ZAKARI Archives
December 2015
Categories |