Pada minggu ini kami telah menerima 'tugasan kedua' iaitu kerja berkumpulan untuk mencari maklumat mengenai 'Learning Management System' (LMS) & 'Course Management System' (CMS).
Kami juga belajar cara untuk mengendalikan forum secara atas talian.Tajuk 'task' yang kumpulan saya terima adalah 'Kemahiran Abad ke-21'. Tugasan ini memerlukan kami berbincang dan membuat kerja secara berkumpulan menggunakan Google Docs melalui Google Drive. Dengan pembelajaran pada minggu ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam cara menggunakan Google Drive dan belajar cara untuk mencipta fail di dalamnya. Google drive memang banyak membantu pelajar terutamanya bagi mereka yang ingin menyiapkan tugasan berkumpulan tetapi tidak dapat berkumpul disebabkan oleh masalah kekangan waktu dan sebagainya kerana ianya boleh diakses di mana-mana sahaja dengan capaian internet dan membantu mereka menyiapkan tugasan bersama-sama.