Assalamualaikum...
Pada minggu ini, apa yang telah saya pelajari adalah bagaimana untuk membuat analisis daripada hasil respon soal selidik kumpulan saya, iaitu mengenai Kemahiran Abad Ke 21. Melalui tugasan yang diberi, saya dapat mengubah dan meringkaskan data mentah hasil soal selidik menjadi lebih jelas dan padat kepada bentuk graf dan jadual. Analisis itu juga kami perlu lengkapkan untuk ditunjukkan di dalam laman tugasan weebly saya pada minggu ke-9 nanti. Oleh itu, ringkasan maklumat dalam hasil soal selidik telah memudahkan kerja saya untuk mengetahui bilangan responden bagi setiap soalan dalam penghasilan graf dan jadual. Laporan penuh akan dilengkapkan pada minggu ke-9. Assalamualaikum Kelas pada minggu ini dimulakan dengan penerangan ringkas oleh Dr. Siti Fatima tentang tugasan yang memerlukan saya bersama ahli kumpulan melakukan kajian mini yang bertajuk "Kemahiran Abad ke 21". Perkara asas yang kami perlu lakukan adalah berbincang mengenai objektif tentang kajian mini ini dilakukan. Seterusnya, kami diminta untuk menyediakan borang soal selidik bagi mendapakan maklumat yang diperlukan. Pada minggu ini, kami dikehendaki membentangkan slaid yang telah kami sediakam pada beberapa minggu yang sebelumnya tentang "Learning Management System (LMS) & Course Management System (CMS)" dan slaid berkaitan "Kemahiran Abad ke 21" . Semasa diberi penjelasan mengenai tugas ini, saya dan ahli kumpulan difahamkan agar memahami dulu apa yang dimaksudkan dengan CASPER kerana tugasan ini mengkehendaki kami untuk mengaplikasikan konsep CASPER ke dalam slaid yang akan disediakan. Berikut adalah slaid tugasan yang telah kami sediakan. |
AuthorNURULHUDA AMIRAH MOHD ZAKARI Archives
December 2015
Categories |