Assalamualaikum..
Kelas Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ini diceriakan lagi dengan kehadiran pelajar MOU dan second intake. Oleh yang demikian, pembahagian pelajar kepada kumpulan telah selesai. Saya telah ditempatkan dalam kumpulan 1 bersama-sama dengan dua lagi rakan iaitu:
Aktiviti pada minggu ini lebih santai kerana kami menerima pelajar baru jadi kami digalakkan untuk berkongsi dengan mereka apa yang telah kami pelajari pada minggu lepas dan membantu mereka mengakses kepada laman-laman yang telah diminta seperti mana yang tertakluk di dalam profoma. Setelah selesai, kami diminta untuk mencipta satu akaun Weebly juga menggunakan nama penuh anda menggunakan emel Gmail yang telah dicipta pada minggu lepas. Kami turut diminta mencipta 1 blog yang dinamakan 'Refleksi Diri' dan 2 page iaitu 'Tugasan' dan 'Biodata Diri' di dalam akaun Weebly kami sendiri

- NORFATIN HIDAYAH BINTI MISRUN
- MOHD FIRDAUS BIN MUHARAM

Akaun Weebly
Ini adalah kali pertama saya mencipta laman atau blog sendiri dan ia amat mengujakan saya di mana saya dapat berkongsi pelbagai benda mengenai diri saya sendiri dan ianya dapat dikongsi bersama-sama rakan-rakan yang lain. Perkara utama yang perlu ditekankan dan penting saya perlu faham akan tugas utama mencipta akaun weebly ini adalah untuk memberi pendapat atau refleksi setiap minggu mengenai apa yang dipelajari di dalam kelas GGGE 1155 ini.
Selain itu, kami diberi tugasan individu pertama bagi subjek GGGE1155 ini iaitu mencari fungsi (computer as 'tool', 'tutor' & 'tutee') komputer sebagai 'alat', 'guru' dan 'pelajar'.
Tugasan (Computer as 'tool', 'tutor' &'tutee')
Setelah mempelajari peranan komputer sebagai 'alat', 'guru' & 'palajar' , saya dapat merasakan masih banyak ilmu tentang komputer yangg belum saya kuasai dan ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam.