Pada minggu ini, kami telah diberikan tugasan yang seterusnya iaitu tugasan yang ketiga. Tugasan kali ini memerlukan kami untuk menggunakan enjin pencarian bagi mendapatkan maklumat bagi menyiapkan tugasan ini. Saya dan kumpulan mendapat tugasan yang bertajuk 'Kemahiran Abad ke 21'. Inilah kali pertama saya mendengar tentang Kemahiran Abad ke 21. Pada mulaya saya mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini kerana kurang pendedahan tentang Kemahiran Abad ke 21 , tetapi setelah diberi penerangan penuh oleh Dr. Siti Fatimah saya mula memahaminya sedikit demi sedikit. Kami juga diberikan link yang boleh kami akses untuk dijadikan rujukan atau untuk mendapatkan maklumat tentang Kemahiran Abad ke 21.

slides_kemahiran_abad_21.pptx |