Assalamualaikum ..
Kelas Komputer dalam Pendidikan telah bermula pada minggu kedua semester pertama bagi sesi 2015/2016.
Pensyarah yang bertanggungjawab mengendalikan kelas SR2 iaitu Dr. Siti Fatimah Binti Yassin atau lebih dikenali sebagai 'tutor' telah menerangkan dan membincangkan mengenai cara untuk mengakses akaun mel elektronik Gmail secara rasmi dengan menggunakan nama penuh, bina signature pada mel elektronik dan emel kepada pensyarah tutorial masing-masing. Signature yang dibina perlu mempunyai maklumat peribadi seperti nama penuh, program dan alamat fakulti.

Akaun mel elektronik Gmail signature
Kemudian kami juga diajar cara untuk mencipta akaun Google Drive sebagai 'tool' iaitu alat pembelajaran utama bagi subjek Komputer dalam Pendidikan. Google Drive adalah akaun yang akan banyak membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan atau assignment khususnya yang melibatkan kerja berkumpulan kerana akaun ini boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana saja tanpa perlu bersua muka. Hal ini kerana Google Drive turut berperanan sebagai dropbox iaitu tempat menyimpan dokumen atau kerja secara atas talian dan ianya boleh diakses di oleh pelajar di mana-mana sahaja tempat yang mempunyai internet walaupun tidak menggunakan laptop sendiri. Selain itu, 'tutor' juga dapat memantau aktiviti 'tutee' ketika mengggunakan akaun Google Drive dan boleh menghantar chat secara terus jika ingin memperbetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajarnya.
Akaun Google Drive